Friday, April 2, 2010

Apa ada pada cinta pandang pertama?



Sesungguhnya Allah SWT mengurniakan salah satu anugerah yang begitu besar sekali pada hamba-Nya. Anugerah yang dinamakan cinta dan kasih sayang. Cinta bukan sahaja sesama insan, tetapi juga kepada segenap alam, malah cinta paling utama yang patut disemai adalah cinta kepada Allah, cinta yang tak ternilai harganya.

Bila disebut perkara berkenaan cinta, timbul banyak persefahaman asal-usul cinta itu sendiri. Cinta pandang pertama, cinta internet, cinta monyet, cinta sekolah, cinta padang pasir, cinta medik, cinta universiti, cinta itu cinta ini. Apa yang paling menarik perhatianku adalah cinta pandang pertama, memandangkan aku sendiri tak percaya pada cinta pandang pertama.

Dulu aku tiada keyakinan pada cinta internet, dan menganggap cinta internet itu sekadar cinta yang melalaikan dan kebanyakkan lebih ke arah penipuan. Tetapi kini, aku ditemukan dengan dua pegawai di pejabatku, yang mendirikan rumahtangga berasaskan pertemuan cinta internet. Maka dengan itu, aku mula membuka minda dengan menerima hakikat cinta internet itu boleh diterima logika selagi mana ianya tidak melanggar batas yang telah ditetapkan dan melalaikan kita dari mengingati Allah.

Berbalik pada persoalan, cinta pandang pertama. Apa yang ada pada cinta pandang pertama?


Adakah cinta pandang pertama itu benar?
Adakah cinta pandang pertama itu melalaikan?



Aku sungguh tidak mempercayai cinta pandang pertama, tetapi kali ini aku menghadapinya.

No comments:

Post a Comment