Thursday, March 25, 2010

Selamat Hari Jadi Sahabatku

Hari jadi sahabatku dah lama berlalu. Dah basi dah agaknya. Disebabkan kesibukan yang melanda, aku tak sempat nak update blog ini dan tak sempat nak bercerita mengenai kemeriahan kami berdua meraikan hari jadinya. Berdua ye...seperti dating lagaknya. Meriah juga walaupun berdua, apatah lagi sahabatku ini baru beberapa minggu bergelar isteri dan merasai kemeriahan hidup berumahtangga.

Sambutan harijadinya kali ini diadakan di Alamanda (tak ada tempat lain yang paling dekat nak celebrate), di Oldtown White Coffee. Fairuz terbayangkan Oldtown Mocha Blended, maka aku bersetuju untuk meraikan bersamanya di situ. Aku keluar office agak lambat, tambahan pula jammed teruk di KL dan aku tiba hampir ke pukul 7 di Alamanda. Fairuz sudah lama menantiku di situ (pejabatnya hanya terletak kira-kira dua km dari Alamanda). Kami berdua window shopping terlebih dahulu sebelum menunaikan solat magrib. Singgah sebentar ke sebuah kedai menjual beg tangan dan Fairuz terpikat dengan salah satu beg tangan yang terjual. Warna maroon, cantik rekaannya dan membuatkan aku terfikir untuk menghadiahkan beg tersebut padanya.

Selesai solat magrib, Fairuz keluar terlebih dahulu untuk menyimpan kain telekung dalam kereta, sementara aku mengambil kesempatan itu untuk melilau mencari hadiah harijadi. Hilang idea sebenarnya untuk mencari hadiah yang sesuai sebelum aku teringat yang Fairuz pernah menyatakan keinginan untuk membeli perfume Inspire. Lantas aku naik ke tingkat atas dan singgah ke booth yang menjual perfume berkenaan.

Memilih perfume juga mengambil masa yang agak lama. Aku harus akui, aku juga agak cerewet bab-bab minyak wangi. Setelah puas menguji bau, aku memilih minyak wangi dari Paris Hilton (kalau tak silap lah). Baunya agak manis seperti gula. Sedap.

Setelah selesai urusan jual beli, aku menapak ke Oldtown White Coffee. Fairuz sudah pun menanti, dan sudah pun memesan mee kari. Nampaknya dia agak lapar, kesian juga kerana terpaksa menungguku.

Sementara menunggu pesanan ku sampai, Fairuz membuka hadiah dan agak teruja melihat minyak wangi tersebut. "Bole la pakai dengan Irwan nanti," aku sempat mengusik.

Kami menghabiskan masa dua jam lebih, berbual mengenai kisah lama dan majlis perkahwinannya tempoh hari. Mendengar ceritanya, membuatkan aku tersenyum sendiri. Indah sungguh alam rumahtangga jika sentiasa berada di atas landasan-Nya.

Sedikit gambar semasa majlis sambutan harijadi secara kecil-kecilan itu.


Posing maut dari birthday girl.



Hampes jugak gambar nih.


Begitu teruja melihat hadiah.


Lagi posing maut dari model @ jurucakap Oldtown


No comments:

Post a Comment